Pameran yang akan diadakan pada 9hb Februari 2014 (AHAD) ini adalah selari
dengan matlamat kerajaan untuk mempromosikan Malaysia dimata dunia iaitu
Tahun Melawat Malaysia 2014. Selain itu, dengan adanya
kerjasama dari pihak MPAG juga diharapkan para pelajar mampu untuk
menjalinkan kerjasama yang baik dengan pihak luar serta masyarakat. Disamping
itu, akitiviti pameran ini juga diharapkan mampu memupuk semangat cintakan warisan
negara yang terdiri daripada pelbagai sektor dan bukan hanya tertumpu kepada sektor
pelancongan, kebudayaan dan kesenian sahaja.
Para pelajar akan membuat aktiviti secara berkumpulan
mengenai peranan media dalam mengupas, memupuk, mengolah serta menyebarkan
informasi-informasi yang berguna kepada masyarakat. Tambahan pula, tema ini juga mampu
membuka minda para pelajar dan masyarakat mengenai sejarah serta
menaikkan semangat kenegaraan di dalam diri mereka. Sesungguhnya, generasi muda
dan masyarakat perlu dipupuk dengan semangat
nasionalisme dan patriotisme agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan budaya
serta anasir-anasir negatif dari pihak luar.
Pameran MERGE
2014 ini juga merupakan salah
satu usaha para Pelajar Semester 6 Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media untuk
mempraktikkan penyelidikan yang sedang mereka jalankan bagi mempromosikan MEDIA
& WARISAN dimata masyarakat sejagat. Dengan adanya pameran satu hari ini
serta kerjasama dari pihak MPAG, diharapkan ia mampu memberikan impak serta
membuka minda masyarakat kita bahawa warisan bukanlan hanya pada kesenian dan
kebudayaan sahaja malahan ia terdiri dari pelbagai aspek kehidupan.
OBJEKTIF
PROGRAM
- Memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar mengenai kepentingan serta peranan yang dimainkan oleh pihak MEDIA dalam memartabatkan warisan negara kita sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat kini.
- Meningkatkan keyakinan diri para pelajar melalui aktiviti yang dijalankan seperti penyelidikan dan pengucapan awam.
- Membentuk pelajar yang berpengetahuan luas, kritis dan kreatif serta mampu menyelesaikan permasalahan semasa.
- Menanamkan nilai-nilai kepimpinan serta berkebolehan menilai dan membuat keputusan secara sistematik serta bertanggungjawab dari segi akhlak, sosial dan etika.
- Meningkatkan jati diri pelajar dari segi akademik serta mampu menyebarkan ilmu pengetahuan secara rasional dan bermakna kepada industri khasnya MEDIA dan masyarakat umumnya.
KAEDAH PELAKSANAAN PROJEK
l Sebanyak 10 buah gerai pameran yang mewakili sub
tema akan dibuka sepanjang program berlangsung.
l Sesi bual bicara, diolog, demonstrasi aktiviti,
pertandingan serta hiburan santai bersama jemputan khas dari MEDIA akan
diadakan.
l Kerjasama dengan pihak akhbar Berita Harian sebagai
akhbar rasmi dan akhbar Melaka Hari ini.
0 comments:
Post a Comment