Profesional Projek atau lebih dikenali sebagai COM 363 merupakan antara subjek wajib bagi pelajar semester akhir (Part 6) Program Diploma Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM). Memandangkan aktiviti semester lalu iaitu kolokium telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai pihak, maka untuk semester ini, aktiviti kolokium akan diteruskan dengan penambahbaikan yang sewajarnya. Para pelajar akan diminta untuk membentangkan hasil kerja penyelidikan mereka dikhalayak ramai di dalam dewan yang disediakan. Berdasarkan kepada tema serta sub tema yang telah diberikan, para pelajar akan membuat penyelidikan terhadap peranan yang dimainkan oleh pihak media dalam memartabatkan warisan negara di mata dunia. Pendedahan pelajar terhadap teknik pengucapan awam, penyelidikan serta teknik penulisan akademik yang sistematik amat penting untuk meningkatkan keyakinan diri secara individu serta berkumpulan dan ia juga merupakan salah satu persediaan sebelum mereka menceburi bidang industri mahupun melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah dan sebagainya.
Tema
bagi kolokium kali ini adalah MEDIA DAN WARISAN (THE NATIONAL COLLOQIUM OF
MEDIA AND HERITAGE) dengan singkatannya MERGE 2014.
Di samping itu, aktiviti pameran juga akan
dijalankan bagi membuktikan bahawa penyelidikan yang dilaksanakan oleh para
pelajar adalah relevan dengan tema pada hari tersebut. Selain daripada aktiviti
pembentangan kertas kerja kajian, para pelajar dan pelawat akan turut disajikan
dengan pameran gambar, video, poster dan dokumentari yang mana ia adalah bukti
bahawa dewasa ini media banyak memainkan peranan di dalam mendaulatkan warisan
negara di peringkat antarabangsa.
Kesimpulannya, program ini mampu membentuk keupayaan
para pelajar berfikir secara kritis dan dinamik selain daripada menonjolkan
potensi mereka sebagai aset negara pada masa akan datang.
Pembabitan
para pelajar secara langsung dengan pihak industri, MEDIA khususnya adalah
menepati matlamat sistem pendidikan serta pembelajaran negara Malaysian
Qualifications Framework iaitu:
- Mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran praktikal.
- Mengaplikasikan
kemahiran social dan sikap bertanggungjawab, etika, nilai dan
profesionalisme.
- Mengapliksikan
komunikasi, kepimpinan dan kemahiran bekerja di dalam kumpulan.
- Melatih
kepada penyelesaian masalah dan membuat keputusan, pengurusan dan
kemahiran keusahawanan.
0 comments:
Post a Comment